KUALA LUMPUR 8 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Encik Arvend Applasamy, Pengerusi Global Youth Parliament ASEAN & Malaysia Chapter di Wisma MBM di sini.
Kedatangan beliau disambut dan diraikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.
Pertemuan membincangkan mengenai ruang kerjasama dalam menggerakkan beberapa inisiatif dan program-program belia antarabangsa.