MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) mengorak langkah pantas bertemu segala lapisan golongan belia bagi menerangkan hasrat dan halatuju kerajaan menjadikan
Untuk itu, satu sesi perkongsian pengalaman dan penerangan mengenai MERANCANG HALATUJU KERJAYA ANDA telah di adakan oleh Universiti Kuala Lumpur-British Malaysia Institute (UNIKL-BMI) dengan dihadiri sekitar 200 orang pelajarnya. MBM diwakili oleh Saudara Khairul Annuar Mansor, EXCO Majlis Belia Malaysia dan Saudara Mohammad Rizan Hassan, selaku Ketua Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) MBM.
Dalam sesi bersama Saudara Khairul, beliau menyentuh tentang kepentingan mewujudkan jalinan atau hubungan luar menerusi penyertaan golongan pelajar di Dlam program-program anjuran kerajaan mahupun NGO Belia seperti MBM dan lain-lain. Ini kerana, menerusi penglibatan aktiviti luar akan mewujudkan rasa yakin diri dan jalinan perkenalan dengan mereka yang sudah bekerjaya atau telah menjadi usahawan. Pada masa yang sama, pelajar juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi, sikap terpuji dan pemantapan sahsiah unggul kerana ciri-ciri berkenaan kini menjadi trend utama dalam pemilihan pekerja di industri.
Saudara Mohammad Rizan Hassan pula menyentuh soal dunia keusahawanan buat pelajar aliran teknikal dan vokasional. Sejajar dengan pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri, MBM menggalakkan para pelajar aliran teknikal dan vokasional agar merebut peluang dana usahawan belia yang diwujudkan iaitu Youth Entrepreneur Fund di mana sebanyak RM52 juta di peruntukkan di bawah SME Bank. Dana pinjaman mudah ini adalah untuk golongan belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar faedah pinjaman 2% dan had maksimum pinjaman RM100,000 serta bayaran balik selama 7 tahun. Menerusi dana yang diwujudkan ini, MBM berharap akan lebih ramai ‘Youth Technopreneur’ dari kalangan pelajar teknikal dan vokasional dapat dilahirkan dan lulusan aliran ini tidak hanya semata-mata di bentuk untuk mengisi keperluan industri negara.
Turut hadir dalam program ini ialah pensyarah UNIKL-BMI , Encik Mahfuz Abd Malek.