MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM GESA KEMELUT POLITIK NEGARA DISELESAIKAN SEGERA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyatakan rasa bimbang dengan keadaan politik semasa yang tidak stabil dan memohon rakyat bertenang sambil menggesa pimpinan politik segera menyelesaikan ketidaktentuan ini.

MBM amat yakin Yang di-Pertuan Agong akan memainkan peranan yang amat penting, bijak dan saksama untuk menstabilkan keadaan.

MBM menegaskan aspirasi belia dan rakyat terbawah agar pimpinan negara memfokuskan kepada soal kestabilan politik dan ekonomi kerana mereka sedang bertarung dengan kesempitan dan kesukaran ekonomi.

MBM juga ingin menyatakan kebimbangan keadaan politik semasa bakal terus menjauhkan generasi muda dengan politik dan demokrasi berdasarkan skor semasa Domain Sosialisasi Politik dalam Indeks Belia Malaysia (IBM) yang menunjukkan penurunan sekaligus akan memberi kesan kepada polisi undi 18. Dikhuatiri mereka meluat dan penat dengan politik semasa.

Menghormati aspek kepelbagaian dalam MBM, maka MBM akan memantau keadaan semasa dengan teliti, dekat dan hanya akan mengeluarkan kenyataan berkaitan setelah mendapat rundingan daripada pemegang taruh MBM iaitu Ahli Dewan Tertinggi MBM dan badan gabungannya.

Justeru MBM menggesa agar kemelut politik diselesaikan segera.

JUFITRI JOHA
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh: 24 Februari 2020

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »