KUALA LUMPUR 5 Januari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan perbincangan dengan tokoh aktivis muda alam sekitar Sdr. Mogesh Sababathy untuk menggerakkan agenda belia dan alam sekitar. Beliau telah berkolaborasi bersama MBM semenjak projek Ocean Hope 2019.
Beliau juga terdedah dengan pelbagai isu alam sekitar termasuk di pentas global dan mendapat pelbagai pengiktirafan global. MBM juga mencalonkan beliau dalam Commonwealth Youth Award 2021 sehingga menjadi salah seorang finalist.
Selepas pandemik, isu alam sekitar perlu diberi perhatian besar kerana ia telah masuk tahap krisis. Banjir besar baru ini sebagai alamat bahawa banyak benda yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan masa depan anak muda dalam jangka masa panjang.