MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM gerakan Misi Bantuan Mangsa Pantai Timur

KELANTAN 30 Dis – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Radio Amatur Ukhwah (KRAM), Triton Tuner Club Malaysia (TTCM) dan Pertubuhan Bomba Sukarelawan (PBS) Kelantan telah menggerakkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir berupa bekalan makanan asas, kit kebersihan diri, lampin bayi dan susu formula di sekitar kawasan Kuala Krai dan Tumpat.

Lokasi terlibat adalah di DUN Kelaboran; Pulau Seratus, Pulau Teluk Renjuna dan Wakaf Bharu.

Misi ini digerakkan dengan kekuatan 15 buah jentera 4X4 melibatkan 20 orang sukarelawan.

ADUN Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan turut sama turun padang menyerahkan bantuan selain Pegawai Kanan Daerah Wakaf Bharu, Encik Sabari Rashid; Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi; Pengerusi KRAM, Sdr. Azri Ariffudin Rosli dan sukarelawan dari TTCM dan Majlis Gabungan Belia Kelantan.

MBM menyeru orang ramai yang prihatin agar dapar membantu mangsa-mangsa banjir melalui sumbangan kewangan, barang makanan asas, pakaian, kit kebersihan diri dan keperluan lain.

Bagi yang ingin membantu dan berhasrat untuk menyumbang boleh salurkan kepada :

*Tabung Bantuan Kecemasan Banjir Pantai Timur*

Nama Bank : Bank Rakyat
Nombor Akaun : 1102 1491 04
Rujukan : “BanjirPT”

Sebarang pertanyaan sila hubungi (011) 132 2793 – Faiz Suhaimi.

MBM mengucapkan terima kasih kepada agensi dan orang perseorangan yang terlibat dalam memastikan kelancaran pergerakan bantuan mangsa banjir ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »