NILAI 15 Mac – Seramai 30 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar Kolej Antarabangsa Murni telah terlibat dalam membantu Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Turkiye melalui gerak kerja logistik pengedaran di ruang gudang Defense Services Sdn Bhd Nilai.
Hadir sama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM di samping beberapa wakil NGO seperti Global Peace Malaysia (GPM) dan Pertubuhan Mahabbah Penduduk Kg. Jawa, Klang.
Turut sama menyaksikan koordinasi ini wakil Kedutaan Turkiye di Malaysia, Ust. Sadiq Ozata.
Sebanyak satu kontena barang keperluan terdiri daripada selimut, baju sejuk, pek makanan, kelengkapan kebersihan diri, kain kapan dan lain-lain akan dihantar ke kawasan terlibat dalam membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.