MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM & Exco Belia Negeri Melaka duduk semeja, bincang isu pembangunan Belia

AYER KEROH 2 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid telah mengadakan pertemuan dengan YB Datuk Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka di pejabat beliau di sini.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan penting berkaitan pelaksanaan had umur belia yang dijangka dikuatkuasakan tahun hadapan, serta persiapan menjelang Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

MBM menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan suara dan aspirasi belia terus diangkat dalam dasar serta program pembangunan negeri.

“Keterlibatan belia dalam proses pembangunan dasar negeri adalah kunci kepada masa depan yang lebih progresif dan inklusif,” ujar Presiden MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »