MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM EDAR PENUTUP HIDUNG DAN MULUT KEPADA ORANG RAMAI

CHERAS 20 September – Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Timbalan Pengerusi Biro Kesukarelaan dan Belia Mahir telah mengedarkan penutup hidung dan mulut kepada orang ramai di LRT Bandar Tun Razak sebagai langkah mengelakkan sebarang penyakit berlaku akibat daripada jerebu yang melanda.

Majlis Belia Malaysia menasihatkan masyarakat di Malaysia dapat menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti diluar, pakai penutup mulut dan hidung yang sesuai, banyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari serta mengikut langkah-langkah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »