SEPANG – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengedarkan bunga ros kepada pekerja Malaysia Airlines (MAS) sebagai tanda sokongan moral supaya mereka tidak patah semangat dalam melaksanakan tugas harian berikutan
kehilangan pesawat MH370.
Naib presiden MBM Low Eng Tack berkata sebanyak 500 kuntum bunga mawar diedarkan sempena kempen ‘Youth Pray for MH37’ yang dilancarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Bunga itu turut diedarkan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu, katanya.
Selain anggota MBM, 30 pelajar Butter and Olive College turut sama mengedarkan bunga ros itu.
Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Kerja Mohammad Rizan Hassan berkata MBM akan menggerakkan 40 badan yang bergabung melibatkan semua bangsa dan agama untuk mengadakan upacara keagamaan bermula petang ini.
Beliau juga menyeru supaya orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau khabar angin yang boleh memburukkan keadaan. – Bernama