MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media MBM : MBM Dokong Pelan AntiRasuah 2019 – 2023

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM DOKONG PELAN ANTIRASUAH 2019 – 2023

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik dan mendokong Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023 yang diluncurkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya. 

MBM juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Kerajaan atas penghormatan kepada MBM bagi mewakili golongan belia Malaysia menerima secara langsung Pelan ini daripada Perdana Menteri sejurus selepas peluncurannya.

MBM memandang NACP sebagai satu keseriusan pihak Kerajaan bagi membendung gejala rasuah sehingga ke akar umbi dengan hasrat menjadikan Malaysia dikenali sebagai Negara yang berintegriti dan bukannya rasuah. MBM ingin melihat Negara terus melonjak naik di dalam Indeksi Persepsi Rasuah (CPI) daripada tangga 61 pada tahun 2019 ke tangga yang lebih baik pada masa hadapan hasil daripada keseriusan menterjemahkan NACP ke dalam bentuk tindakan.

MBM juga ingin memuji usaha pembentukan NACP dengan menggunakan tenaga pakar dalaman di mana dapat menjimatkan wang Kerajaan dan membuktikan bahawa Negara tidak tandus daripada mempunyai ‘local genius’.

MBM akan terus mendokong NACP sambil memperkukuhkan peranan mendidik belia dan masyarakat menjauhi rasuah dan membudayakan integriti. MBM menggalakkan agar pemimpin belia membaca dokumen NACP ini dan bersama-sama Kerajaan melaksanakannya.

JUFITRI BIN JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Tarikh      : 31 Januari 2019 / 25 Jamadilawal 1440H

Tel           : (017) 353 3625

Emel        : jufitri1979@gmail.com

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »