PUTRAJAYA 15 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dilantik sebagai salah satu Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Hanif telah hadir mewakili MBM menerima watikah pelantikan tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pengarah NADMA.
ABC-19 merupakan inisatif NADMA dengan kerjasama NGO dalam memantau dan mendidik masyarakat mengenai pematuhan SOP dan norma baharu di dalam kehidupan harian.
Hadir sama Ketua Relawan MBM, Sdr.Mohd Faiz Shuhaimi.