SHAH ALAM 21 Sep – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid; Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili MBM ke Anugerah Belia Cemerlang Junior Chamber International (JCI) 2024.
Majlis yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam ini menyaksikan pengiktirafan kepada anak muda yang luar biasa dari seluruh Malaysia.
Program TOYM JCI adalah penghargaan yang memberi pengiktirafan kepada 10 belia yang luar biasa dalam pelbagai bidang, dari kepimpinan, inovasi, kebajikan masyarakat, hingga pencapaian akademik dan profesional. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan besar mereka kepada masyarakat dan inspirasi yang mereka bawa kepada generasi muda Malaysia.
Majlis ini dihadiri oleh panel kehormat termasuk Presiden JCI Malaysia, JCI Senator Bruce Ban, serta Pengurus Pengajur JCI TOYM 2024 Melvin Chan dan Presiden Pengajur JCI Entrepreneur Nicholas Yap. Mereka bersama-sama meraikan pencapaian individu-individu yang telah terpilih dalam Top 30 TOYM 2024, sekaligus memberikan inspirasi kepada semua yang hadir.
Kehadiran MBM dalam program berprestij ini adalah bukti komitmen kami dalam terus menyokong dan memartabatkan generasi muda negara khususnya kepada organisasi JCi Malaysia. Syabas kepada semua pemenang, dan kami berharap sumbangan mereka akan terus berkembang dalam memperkasa masyarakat!

