MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dapatkan respon PLKN 3.0 dalam pertemuan bersama Timbalan Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR 15 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan bertempat di bangunan Parlimen di sini.

Antara fokus pertemuan adalah bagi membincangkan isu berkaitan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN) yang akan dilaksanakan kerajaan mulai tahun hadapan.

Input ini juga sebagai respon kepada usul yang dibangkitkan dalam persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) berkaitan PLKN.

Pertemuan diketuai Exco MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perundangan, Advokasi dan Hal Ehwal Parlimen.

YB Timbalan Menteri dalam ucapannya memaklumkan pihak kementerian terbuka dan mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam libat urus program PLKN 3.0 ini bagi memastikan pelaksanaan kali ini lebih keberkesanan dan mencapai matlamat.

Beliau memaklumkan modul dan pelaksanaan PLKN 3.0 di bawah Akademi Kenegaraan

“Mungkin MBM boleh memainkan peranan dari segi penglibatan 30% dalam skop kejurulatihan manakala 70% lagi dibawah tanggungjawab ketenteraan”, ujar beliau.

Hadir sama Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »