PULAU PINANG 12 Nov – Telah berlangsung sesi temu duga terbuka di Flex Penang bagi mengisi pelbagai jawatan seperti Debug Technician, Test Technician dan Technical Assistant.
Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Projek Belia Mahir membantu menempatkan graduan belia yang memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, Diploma atau Ijazah untuk bekerja dalam industri perkilangan di bawah inisiatif Program Graduates in Factory (GiF).
Seramai 160 orang belia dari seluruh negara telah menghadiri sesi temu duga tersebut.







