MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan Pepper Labs Meterai MoU bagi Pemerkasaan Belia dalam AI

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pepper Labs Sdn. Bhd. bagi memperkasa belia Malaysia dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) melalui inisiatif Bersama Malaysia: Microsoft AI for All.

MoU ini ditandatangani oleh Presiden MBM, Saudara Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid, dan Pengarah Pepper Labs, Ir. Ts. Kuhan Pathy, serta disaksikan oleh barisan Exco MBM.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada:

✅ Kesedaran & Jangkauan – MBM akan menggerakkan penyertaan NGO belia di seluruh negara.

✅ Latihan & Pembangunan Kapasiti – Pepper Labs menyediakan modul, bengkel, dan fasilitasi AI.

✅ Latihan Jurulatih – MBM melantik jurulatih, manakala Pepper Labs melaksanakan sesi latihan.

Inisiatif ini bertujuan melengkapkan belia dengan ilmu AI bagi memperkukuh pemerkasaan digital dan impak sosial.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »