MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan Pejabat Ahli Parlimen anjur Kursus Asas Kejurulatihan Sukan Parlimen Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR 28 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) telah menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Sukan selama dua hari bertempat di Kompleks Darul Puteri, Cheras.

Program khusus kepada belia-beliawanis Parlimen Bandar Tun Razak ini merupakan sebuah inisiatif kerjaya selain menjana pendapatan sampingan melalui dua cabang sukan iaitu bolasepak dan sepak takraw.

Kursus dikendalikan oleh Instruktur berpengalaman Encik Ishak Kunju dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Haji Jamaludin Hassan dan Haji Ghafur Ahmad dari Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Majlis perasmian telah disempurnakan YB Dato’ Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam ucapannya, beliau berharap anak-anak muda mengambil peluang ini dalam membina profesion kejurulatihan sebagai kerjaya atau menambah pendapatan sampingan.

“Kita sedia membantu NGO-NGO seperti pertubuhan belia dalam menggerakkan program pembangunan generasi muda seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan negara”, ujarnya.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Presiden MBWP, Sdr. Mohamed Naseer Mohamed pada hari terakhir program.

Semoga hasil dari kursus ini dapat memberikan pendedahan dan ilmu kejurulatihan kepada peserta yang hadir dalam menceburi profesion ini. Hadir sama penyelaras program merangkap Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »