MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM dan MBNPP bantu mangsa banjir

Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) telah bersama-sama membantu mangsa banjir di Johor dengan menghantar pasukan sukarelawan muda dari Pulau Pinang dan sukarelawan dari UTHM dan UTM Johor pada 11 hingga 13 Februari 2011. Pasukan sukarelawan yang dibawa khas dari Pulau Pinang ini menyahut tugasan untuk membersihkan beberapa buah masjid di sekitar Sri Medan serta beberapa sekolah yang dijadikan penempatan banjir di sekitar Parit Yaani. Mereka juga turut disertai oleh pasukan sukarelawan dari UTHM dan UTM dengan mengadakan pelbagai sukaneka untuk kanak-kanak di penempatan banjir. Menurut Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, MBM lebih mengutamakan mangsa dari golongon ibu tunggal, warga emas serta mereka yang tidak berpindah di atas sebab-sebab tertentu. MBM juga turut menyampaikan sumbangan berupa alatan memasak dan “comforter” kepada beberapa keluarga serta pusat PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »