PUTRAJAYA 12 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa badan gabungannya telah hadir menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung meriah pagi ini di Dataran Putrajaya.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
MBM diwakili Naib Presidennya, Datuk Syed Osman Mohamed.
Lebih 15,000 orang menyertai acara Fit Malaysia merangkumi Larian MADANI, Berjalan untuk Negara, 64 acara sukan dan banyak lagi.
Turut sama hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.