PHNOM PENH 26 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada H.E Okhna Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Pengasas ក្លឹបបាល់ទាត់សម្ព័ន្ធយុវជនមុស្លិមកម្ពុជា-Cambodian Muslim Youth Alliance FC (CMYA) bertempat di Al-Serkal Mosque Phnom Penh, Kemboja.
MBM berada di sini dalam rangka lawatan kerja atas undangan CMYA bagi jaringan kerjasama belia di peringkat Asean.
Delegasi MBM diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid.
Dalam pertemuan ini juga, MBM dan CMYA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung jalinan kerjasama dan hubungan lebih erat khususnya dalam pembangunan komuniti belia dan masyarakat Muslim di Kemboja dalam pelbagai bidang.
Turut sama Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan; Setiausaha Agung Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC), Sdr. Mohd Zaidi Aziz; Kepimpinan CMYA; Pengerusi KOBINA mantan Presiden MBM, Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Exco MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Sdr. Muhd Fazreen Ismadi; Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Sdr. Fahami Ashrof dan pimpinan gabungan MBM.