MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM DAN BIRO BELIA JKMPKA TURUN KAMPUS, SERTAI LIBAT URUS BERSAMA SRN UKM

BANGI 20 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan dan Biro Belia Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) telah mengadakan sesi libat urus dengan beberapa orang pemimpin mahasiswa daripada Sekretariat Rukun Negara (SRN) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Bilik Majlis Perwakilan Pelajar, Pusanika UKM.

MBM yang diwakili oleh Sdr Eow Shiang Yen dan Ahmad Amsyar Ahmad Effendy telah membentangkan latar belakang dan gerak kerja JK Perpaduan MBM dalam pertemuan ini khususnya mengenai perancangan program “Youth Peace and Unity Workshop” yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2020. Bengkel ini juga bakal dianjurkan bersama Biro Belia JKMPKA.

Semoga pertemuan ini mendatangkan manfaat kedua-dua belah pihak dalam menggerakkan agenda perpaduan yang digagaskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) yang juga merupakan penaung SRN di IPT seluruh negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »