PUTRAJAYA 5 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan kepimpinan badan gabungannya hari ini telah menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat bersama Pertubuhan Belia bertempat di Podium KBS di sini.
Majlis tandatangan ini disaksikan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Dalam ucapannya YB Menteri menerangkan tentang panduan dan rujukan kod sukan selamat kepada masyarakat yang boleh diimplementasikan dalam penganjuran program-program sukan melibatkan persatuan belia.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBSMalaysia Encik Abdullah Hasan; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Encik Mohd Azhari Mohamad; Presiden MBM Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid; Pengerusi Tetap MBM Sdr. Muhammad Fadzli Hasan; Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan kepimpinan badan-badan gabungan MBM.




























