KUALA LUMPUR 9 Februari – Telah berlangsung sesi mesyuarat antara Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang diketuai oleh Dato’ Zairol Hisham Abu Bakar membincangkan mengenai ruang kerjasama bagi membantu belia dan usahawan muda berhadapan dengan masalah pengurusan kewangan dan kebankrapan di masa pandemik Covid-19.
MBM melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) yang diketuai oleh Datuk Syed Osman Mohamed bersetuju dan komited menganjurkan webinar bimbingan dan kesedaran kewangan bersama AKPK bagi membantu belia khususnya usahawan muda menangani pengurusan kewangan mereka.
Turut sama dalam sesi ini Presiden dan Setiausaha Agung MBM.