KUALA LUMPUR 24 September – Timbalan Pengerusi Biro Peridustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM Sdri. Nurliana Muhammad telah menghadiri jemputan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNS) melalui unit PNS Academy bagi membincangkan mengenai platform perkembangan perniagaan melalui franchise dan foodtruck serta kemudahan dari PNS yang disediakan kepada belia usahawan.
Masih ramai belia usahawan yang tidak mengetahui fungsi PNS terutama skop pengetahuan dalam perkembangan kemahiran (TVET) belia miliki dan boleh dimajukan sebagai sebuah platform perniagaan profesional.
Sesi perbincangan ini turut dihadiri bersama YM Tengku Mohamed Fadhli YM Tengku Hamzah, Ketua Jabatan Perkhidmatan dan Sokongan Franchise, PNS yang ingin melibatkan pemimpin usahawan belia dalam usaha ini.