PUTRAJAYA 21 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi perbincangan dan perincian kerjasama bersama pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mengenai program New Gen Entrepreneurship Online Bootcamp (N-Gene).
N-Gene merupakan program bootcamp pembangunan usahawan dalam bentuk online.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Zanawiah Hassan, Ketua Sekretariat PROTEGE, MEDAC.
MBM diwakili oleh Exconya Datuk Syed Osman Mohamed merangkap Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan.
Turut sama Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin mantan Penolong Setiausaha Agung MBM dan pegawai-pegawai MEDAC.