Negeri Sembilan | 19 Disember 2020 – Perbincangan bersama YB Eddin Syazlee Shith, Ahli Parlimen Kuala Pilah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya untuk agenda penting mewujudkan kompleks pendidikan tidak formal terkait adat dan budaya di Negeri Sembilan dengan terajunya adalah kalangan anak-anak muda.
Lanjutan daripada kesediaan Majlis Belia Daerah Kuala Pilah mengidentifikasi tema budaya dan adat sebagai pengenalan bidang tujahan (niche area) mereka, Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha melalui Sdr Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM telah mengatur pertemuan bersama Ahli Parlimen Kuala Pilah bagi membincangkan lebih lanjut mewujudkan sebuah hub berkaitan budaya di bawah Parlimen beliau.
Segmen jati diri adalah sebahagian daripada elemen penting dalam pembangunan belia di Malaysia yang diberikan perhatian oleh MBM dalam perbincangan tersebut. Ia juga terkait dengan agenda pelancongan negara.Turut disentuh peluang-peluang belia di Kementerian Kerja Raya Malaysia.
