3 Jan 2015 -Dengan rasa tanggungjawab dan semangat kebersamaan, Sukarelawan Sahabat MBM bersama pelajar-pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) masih meneruskan misi pembersihan di SK Jeram Landak yang memasuki hari kedua. Kerjasama yang diberikan oleh pihak bomba dan JPAM sekaligus telah membantu mempercepatkan usaha pembersihan kawasan sekolah itu.
Guru Besae SK Jeram Landak mewakili semua guru mengucapkan terima kasih kepada skuad belia prihatin yang membantu dalam mempersiapkan bilik darjah dan kawasan sekolah untuk sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi.