Perak | 2 Februari 2021 – Hadir mewakili Majlis Belia Malaysia Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco MBM telah mengiringi YB Tuan Zaidi Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Slim yang juga merupakan mantan Timbalan Presiden MBM menyampaikan sumbangan kepada 101 barisan hadapan (frontliners) yang terdiri daripada anggota Bomba dan Penyelamat Slim River serta Angkatan Pertahanan Awam Slim River. Sumbangan yang disampaikan adalah dalam bentuk makanan keperluan harian dan pelitup muka.
Terima kasih kepada semua barisan hadapan yang telah dan masih bertungkus lumus menjadi benteng hadapan keselamatan negara ketika berhadapan pandemik covid 19 ini khususnya. Kadangkala kita terlupa mereka adalah juga rakyat Malaysia yang terkesan dengan situasi ketika ini.
Terima kasih juga kepada Pejabat Adun Slim yang senantiasa peka terhadap permasalahan penduduk setempat dan barisan hadapan yang majoritinya dalam kalangan belia.
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tika dan saat yang mendatang
