Zoom|27 Februari – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM telah berdialog bersama Billy Mambrasar, Penasihat Anak Muda kepada Presiden Jokowi atau dipanggil Staf Khusus Milenial Presiden Indonesia.
Terdapat 7 anak muda Indonesia kesemuanya yang terpilih sejak 20 November 2019 sehingga tamat penggal Pak Jokowi dan fokus bekerja di pelbagai bidang seperti toleransi, oku, kemiskinan, sme dan literasi kewangan.
Billy berasal dari Wilayah Papua dan fokus menangani kemiskinan dan anak anak yang ketinggalan pelajaran.
Staf khusus milenial ini diberikan pendanaan dan kemudahan termasuk pejabat berhampiran Pejabat Presiden bagi memudahkan menjalankan tugasan mereka.
Pihak MBM telah menyampaikan hasrat untuk mengukuhkan solidariti bekerjasama dengan mereka demi kemakmuran serantau bersama.

