MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Bawa Suara Belia Dalam Pelan Hala Tuju SDG Malaysia 2026–2030

PUTRAJAYA 7 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Bengkel Penetapan Keutamaan Sustainable Development Goals (SDG) bagi penyediaan Pelan Hala Tuju SDG Fasa 3 Malaysia (2026–2030) yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi menerusi Pusat SDG Negara dengan kerjasama UNDP Malaysia di Marriott Putrajaya.

Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pemegang taruh untuk mengesahkan keutamaan strategik SDG negara, mengenal pasti inisiatif berimpak tinggi serta memperkukuh pelaksanaan Agenda 2030.

Antara fokus utama ialah menyemak keselarasan RMK13 dengan sasaran SDG, mengesahkan keutamaan strategik, mencadangkan Acceleration Initiatives dan membincangkan faktor pemudah cara bagi pelaksanaan yang lebih bersepadu dan inklusif.

MBM diwakili oleh Eow Shiang Yen, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM.

Penyertaan ini membuktikan komitmen MBM untuk terus mengarusperdanakan perspektif belia dalam perancangan pembangunan mampan negara serta memperkukuh peranan belia sebagai rakan strategik ke arah pencapaian SDG menjelang 2030.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »