KUALA LUMPUR 14 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato Haji Mohd Rashid Hasnon di Bangunan Parlimen Malaysia.
MBM diketuai oleh Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan KNPI Ketua Umumnya, Bung Haris Pertama.
Dato Rashid mengalu-alukan kehadiran delegasi KNPI dan memberi penerangan ringkas mengenai fungsi dan struktur Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Beliau juga berharap hubungan baik belia kedua-dua negara dipelihara dan dipertingkatkan kerana golongan ini yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara di masa hadapan.
Pertemuan ini merupakan salah satu jadual lawatan kerja KNPI Pusat di Kuala Lumpur selain beberapa sesi dialog bersama beberapa kementerian serta pertubuhan belia Malaysia.
Turut sama dalam pertemuan ini Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Ketua BP KNPI MALAYSIA, Tengku Adnan.
Delegasi KNPI juga dibawa melawat sekitar bangunan Parlimen.