Negeri Sembilan | 24 Mac – Seramai 10 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Tasek Permai Ampang, Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah terlibat dalam membantu Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Turki melalui gerak kerja logistik pengedaran di Ruang Gudang Defense Services Sdn Bhd, Nilai.
Hadir mewakil kedutaan Turki dalam membantu koordinasi pengedaran barang bantuan ini, Ust. Sadiq Ozata.
Sebanyak satu kontena barang keperluan yang terdiri daripada selimut, baju sejuk, pek makanan, kelengkapan kebersihan diri, kain kapan dan lain-lain akan dihantar ke kawasan yang terlibat dalam membantu mangsa gempa bumi di Turki.