PAHANG 6 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyampaikan sumbangan tajaan MBSB Bank melalui Misi Belia Prihatin: Back2School Mangsa Banjir berbentuk baucer Pusat Pakaian Hari-Hari kepada pelajar-pelajar yang terlibat musibah banjir besar pada Januari lalu di Negeri Pahang.
Antara sekolah-sekolah terpilih ialah SK Bunut Rendang Kuantan, SK Paloh Hinai Pekan dan SMK Benta.
MBM diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung dan Sdr. Wan Emril Wan Embong, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang. Turut hadir Sdr. Mohd Yusaini Samad, Setiausaha MBD Lipis.
Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan keperluan anak-anak kembali ke sekolah dan mampu menceriakan mereka dengan kelengkapan sekolah yang baharu.