MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Bantu Bersihkan Kawasan Banjir Kampung Lubuk Batu

Kedah | 21 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) telah turun melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir Negeri Kedah di Kampung Lubuk Batu, Jitra.

Minggu lalu, MBM telah hadir menyerahkan sumbangan #Projectunderwear kepada MBN kedah di Taman Tabung Haji, Kubang Pasu dan menyerahkan sumbangan Waterjet ketika pembukaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang lll Penggal 34 Sesi 2023-2024.

Dalam misi ini juga , MBM telah bersama-sama MBN Kedah menjalankan kerja-kerja pembersihan di Surau Ehsaniah Kampung Lubuk Batu.

Seramai 80 orang sukarelawan belia dari Pulau Pinang, belia setempat dan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah hadir sama membantu menjalankan kerja – kerja pembersihan ini.

Turut dijalankan adalah kerja-kerja pendawaian elektrik oleh pelajar Giat Mara Pokok Sena.

Hadir dalam misi tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun; Setiausaha Agung MBM.

Misi bantuanpasca banjir ini telah digerakkan awal oleh pimpinan MBN Kedah yang diketuai oleh Presidenya Sdr. Amir Murshidi.

Kehadiran sukarelawan belia telah disambut oleh penduduk Kampung Lubuk Batu yang diwakili oleh Pakcik Harun.

MBM merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pimpinan MBN Kedah serta belia-belia yang telah bersama dalam membantu misi bantuan pasca banjir ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »