Gambang, 19 Okt 2015 – Sekali lagi Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) telah menganjurkan program Literasi Media Kreatif 2015 yang bertempat di Gambang Resort City, Pahang bermula 16 hingga 18 Oktober 2015.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan pengguna bagi memaksimumkan media sosial bagi membantu menyebarluas maklumat dan aktiviti pertubuhan dengan berkesan dan tepat. Seramai 32 peserta dari Majlis Belia Terengganu, Majlis Belia Pahang dan Majlis Belia Kelantan yang mewakili Zon Timur turut didedahkan dengan kerja-kerja lapangan di beberapa rumah kebajikan sekitar Kuantan. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, YM Engku Mohd Azmi bin Engku Mohd Basri.