Kuala Lumpur | 13 Mac – Majlis Belia Malaysia dan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) telah menganjurkan Kelas Persediaan RAE dan Pendedahan Radio Amatur di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras Kuala Lumpur. Kelas yang diadakan selama dua hari ini secara hibrid (fizikal dan dalam talian) telah disertai seramai 70 orang peserta.
Para peserta didedahkan informasi mengenai radio amatur yang mana ia merupakan hobi dalam bidang komunikasi di samping medium alternatif komunikasi terutamanya ketika bencana. Para peserta juga berpeluang ulang kaji soalan dalam persedian sebelum mengambil peperiksaan bagi melayakkan mereka menjadi pengatur radio amatur. Kelas ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kuala Lumpur DX Team dan Radio Amatur Kuala Lumpur (RA KL).
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Khairul Annuar Mansor, Presiden MyHumanitarian. Majlis telah diakhiri dengan penyampaian sijil kepada setiap peserta dan sesi bergambar.