MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM anjur Bengkel Penulisan dan Persidangan Tokoh Belia Negara

Cheras, 1 Ogos 2015. Sebagai kelanjutan daripada siri bengkel berencana yang dijalankan  terdahulu, Jawatankuasa Pendidikan Majlis Belia Malaysia telah menganjurkan Program Bengkel Penulisan dan Persidangan Tokoh Belia Negara. Bertempat di International Youth  Center (IYC), program yang dianjurkan bersama dengan Institut Terjemahan Buku Negara  (ITBM) dan Sekolah Pembangunan Kerja Belia dan Komuniti (SPKB) ini bertujuan untuk  memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kemahiran asas dan  mempertingkatkan kualiti penulisan sedia ada. Para peserta terdiri daripada pelajar dan belia  daripada beberapa institusi pendidikan dan organisasi.

Maklum balas yang diterima daripada  peserta amatlah menggalakkan dan mereka mendapat input yang berguna daripada program  ini. Susulannya, pihak Jawatankuasa Pendidikan MBM akan menggerakkan para peserta  berkenaan untuk mula menulis mengenai pelbagai tema pembangunan belia sebagai ‘padang   latihan’ kepada mereka untuk serius bergiat dalam kegiatan penulisan. Program ini  merupakan manifestasi MBM untuk menyediakan barisan belia yang proaktif serta menguasai  bidang-bidang strategik. Usaha ini tidak terhenti di sini bahkan akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang melalui perancangan holistik menganjurkan program-program yang  berimpak tinggi dan memberi manfaat yang luas kepada golongan belia pelbagai peringkat.

Disediakan oleh,

Sekretariat Penganjur Jawatankuasa Pendidikan MBM

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »