MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM anggap Hari Protes Sekolah Negara amat tidak sesuai

Majlis Belia Malaysia (MBM) amat mempertegaskan bahawa sekolah wajib menjadi ruang yang selamat dan kondusif bagi para pelajar untuk fokus menimba ilmu dan adab serta bebas daripada sebarang bentuk ancaman.

Namun begitu, MBM memandang serius penganjuran kempen #MakeSchoolASaferPlace dengan menggunakan kaedah protes untuk tidak hadir ke sekolah secara fizikal atau maya.

Ia jelas bertentangan dengan ruh dan adab pendidikan di mana para pelajar diajar untuk menghormati Institusi ilmu dan pendidikan. Menghadiri kelas pengajian merupakan sebahagian daripada adab pelajar kepada ilmu, guru dan institusi pendidikan.

MBM yakin banyak cara lain yang lebih kreatif dan berkesan untuk mendokong kempen pendidikan seksual dan sekolah tempat yang selamat dan aman untuk para pelajar bersesuaian dengan adat keagamaan dan ketimuran.

MBM mencadangkan kempen besar-besaran digerakkan sendiri oleh pelajar dan guru berkaitan akan hal ini.

MBM amat bersetuju untuk para pelajar dihakupayakan untuk bersuara dan mempertahankan hak daripada sebarang gangguan termasuk gangguan seksual dan ancaman rogol.

Tindakan tegas perlu diambil bagi pihak yang mempermainkan isu-isu berkaitan ancaman rogol dah gangguan seksual.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 3 Mei 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »