MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM ALU ALUKAN PEMINJAM PTPTN YANG DISENARAI CCRIS DIBENARKAN BELI RUMAH PERTAMA

Majlis Belia Malaysia (MBM) merujuk kepada laporan media bertarikh 10 Julai 2019 (Rabu) berkaitan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam kini boleh membeli rumah.

MBM mengalu-alukan cadangan berkenaan dan yakin cadangan tersebut akan memberi kelegaan kepada ramai peminjam yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri.

Pemilikan rumah adalah salah satu hak asasi manusia dan tidak seharusnya dinafikan hanya kerana disenarai hitam oleh PTPTN. Namun, harus wujud garis panduan yang membantu mereka yang tersenarai hitam dan ingin memiliki rumah agar mengikuti siri-siri literasi kewangan yang dapat mengelakkan lambakan hutang oleh peminjam PTPTN.

Dalam pada masa yang sama, para peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN kerana kegagalan dalam membuat bayaran pinjaman hendaklah tidak mengambil kesempatan daripada polisi baru ini dengan langsung tidak membuat bayaran walaupun berkemampuan. Hutang pinjaman perlulah dibayar bila mana berkemampuan supaya pinjaman dapat diberikan kepada peminjam baru yang memerlukan.

MBM juga memohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membuat penjelasan berkenaan pendefinisian umur belia dibawah Skim Perumahan Belia dibawah seliaan Kementerian.

Adakah definisi pemohon dibawah Skim Perumahan Belia dibawah Kementerian akan turut terkesan dengan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) yang mana mendefinisikan belia sebagai berumur antara 15 hingga 30 tahun?

MBM sekali mengulangi pendirian untuk PTPTN menghapuskan Ujrah bagi meringankan beban para peminjam PTPTN yang dilihat antara punca kepada ramai peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman mereka.

MOHD IZZAT AFIFI ABDUL HAMID
Naib Presiden
Majlis Belia Malaysia
merangkap;
Pengerusi Biro Pendidikan MBM

Bertarikh: 12 Julai 2019

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »