MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM ALU-ALUKAN KEPIMPINAN BAHARU FEDERASI KEBANGSAAN PEKERJA BELIA (FKPB) 2019 – 2021

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengalu-alukan kepimpinan baharu Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) atau Malaysian National Federation of Youth Worker yang baru dipilih yang diketuai saudara Ahmad Saparudin Yusup pada 13 Mei yang lepas.

MBM percaya FKPB akan terus bergerak ke hadapan selepas kali pertama ditubuhkan pada Februari 2017 selepas mendapat kelulusan usul penubuhannya di dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-65.

FKPB dipercayai akan terus merancakkan dunia pembangunan belia sebagai salah pemegang taruh yang penting selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MBM. FKPB juga diyakini menjadi platform yang terbaik bagi mantan aktivis belia untuk meneruskan aktivisme pembangunan belia mereka dengan penambahan nilai seperti mendapat pengiktirafan, persijilan, pendidikan sepanjang hayat dan menjadikan salah satu kerja profesional sepenuh masa.

Diharap FKPB akan terus bergandingan bahu bersama KBS dan MBM mempromosikan kerja belia profesional bagi menggilap bakat-bakat anak muda menjadi warganegara yang efektif, insan seimbang dan hamba Allah yang bertaqwa.

Di kesempatan ini MBM ingin menggesa agar pihak KBS menyegerakan pindaan Akta 668 dengan memasukkan klausa cadangan penubuhan Lembaga Kerja Belia Profesional bagi mentadbir dan meregulasi kerja belia professional di Malaysia.

Tahniah dan Syabas kepada kepimpinan baharu.

JUFITRI JOHA
Presiden 
Majlis Belia Malaysia

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »