KUALA LUMPUR 2 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat secara fizikal bersama pengurusan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di Menara Bumiputra Commerce.
Mesyuarat bertujuan membincangkan mengenai kolaborasi program pendidikan pengurusan kewangan khususnya golongan belia dalam menangani isu-isu pengurusan kewangan. Di samping itu juga turut dibincangkan pelaksanaan program sempena ‘Global Money Week’ pada 20 hingga 28 Mac 2021.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mansor Ali, Ketua Jabatan Operasi, Cawangan dan Pembangunan Perniagaan AKPK.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, Encik Mohamad Khalil Jamaldin berkesempatan mengalu-alukan rombongan MBM dan berharap inisiatif ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat.
Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Exco MBM merangkap Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan, Datuk Syed Osman Mohamed dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaluddin. Exco MBM, Sdri. Nurliana Mohamad turut serta dalam mesyuarat ini menerusi online.