MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM agih Bantuan Kotak Makanan kepada Mangsa Banjir di Yan

YAN 4 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengagihkan bantuan kotak makanan kepada keluarga mangsa bah besar di beberapa buah kampung di daerah Yan, Kedah.

Agihan sumbangan disampaikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan diiringi oleh YB Mohd Firdaus Ahmad, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, YBhg. Abdul Aziz Abd Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSN) Kedah.

Turut sama dalam program ini Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM (Ketua Relawan MBM), Sdr. Hamdan Jamel, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Kedah dan belia-belia dari seluruh Kedah.

Program dianjurkan oleh MBN Kedah dan MBM dengan Kerjasama Majlis Belia Daerah Yan, JBSN Kedah dan Kementerian dan Belia dan Sukan.

Kotak makanan yang diterima adalah hasil daripada sumbangan orang ramai, Kedutaan China di Malaysia dan pelbagai agensi lain.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »