Wisma MBM | 15 Mac – Satu mesyuarat telah diadakan antara Bank Islam yang diwakili oleh Encik Mohd Zikri Mohd Shairy, Pengurus Kanan Pusat Kewangan Sosial Hubungan Strategik dan Puan Rauziana, Bahagian Pemasaran bagi membincangkan usaha sama lanjutan dalam memperkasakan Inisiatif Belia Berniaga di bawah Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN). Bank Islam telah bersetuju untuk membantu usahawan-usahawan belia yang layak dalam sektor perniagaan melalui bantuan pinjaman kewangan tanpa faedah.
Datuk Syed Osman, Pengerusi MFREN dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah bersama-sama dalam sesi perbincangan. Majlis menandatangani memorandum persefahaman akan diadakan dalam masa terdekat antara MBM dan Bank Islam.