MAJLIS BELIA MALAYSIA

Matt Ngai dipilih Presiden JCI Malaysia penggal 2023

KUCHING 15 Okt – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah hadir ke Konvensyen Kebangsaan Junior Chamber International Malaysia JCI Malaysia dan Majlis Malam Gala JCI yang berlangsung di Hotel Imperial, Kuching semalam.

Lebih 1,300 perwakilan dari seluruh negara termasuk wakil JCI dari 9 buah negara menghadiri konvensyen ini.

Dalam program ini juga Sdr. Matt Ngai yang merupakan Exco MBM telah dipilih sebagai Presiden Junior Chambers International (JCI) Malaysia bagi penggal 2023.

Terima kasih kepada Sdri. Ellen Lu Ping Ping yang memimpin JCI dengan cemerlang pasca Covid-19.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Matt Ngai dan selamat berkhidmat!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »