Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Program Malaysia Youth Leader Silk Road Friendship sempena 45 Tahun kerjasama Malaysia-China Friendship yang berlangsung di Nanjing dan Xian, China.
Program ini anjuran Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia dan Persatuan Persahabatan Malaysia China (PPMC) dengan kerjasama MBM dan Association Belt and Road Malaysia.
Seramai 24 delegasi dari Malaysia menyertai program ini diketuai Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan dibantu oleh Sdr. Lee Thai Hung (Samuel) dari PPMC.
Program ini berlangsung selama 8 hari dari 5 hingga 12 Mei 2019 bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya, people to people exchange, perkongsian pengetahuan di antara belia Malaysia dan belia China dan meningkatkan hubungan diplomasi di antara Malaysia dan China.
Tempat utama yang dikunjungi seperti universiti dan kolej, pusat-pusat perkembangan teknologi dan tinggalan sejarah dinasti China sekitar Nanjing dan Xian. Turut serta dalam lawatan ini adalah Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Mohd Rosidi Hasan bersama wakil dari Exco MBM dan ahli Dewan Tertinggi MBM.