MAJLIS BELIA MALAYSIA

SESI LIBAT URUS #MalaysiaKerja ZON TENGAH

KUALA LUMPUR 13 Januari – Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja Zon Tengah telah diadakan di Wisma Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan penyertaan seramai 26 orang dari Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) dan Social Enterprise. Turut hadir wakil Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).

Program ini merangkumi pengenalan dan praktis terperinci berkait program #MalaysiaKerja serta mekanisme pendaftaran dan garis pelaksanaan serta bertujuan mengumpulkan ekstrak sumbang saran dan kaedah penambahbaikan bagi inisiatif dibawah #MalaysiaKerja iaitu #GraduanKerja#WanitaKerja dan #PerintisKerja.

Program ini diselaraskan oleh Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin, Penolong Setiausaha Agung MBM dan dibantu oleh Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM.

Hadir sama Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdri. Nurliana Muhamad, Exco MBM yang bertindak sebagai moderator program.

Image may contain: 1 person
Image may contain: 4 people, people sitting and indoor
Image may contain: 3 people
Image may contain: 5 people, people sitting
Image may contain: 3 people, people sitting
Image may contain: 1 person, standing and on stage
Image may contain: 5 people, people sitting and indoor
Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor
Image may contain: 8 people, people sitting and indoor
Image may contain: 1 person, sitting and indoor

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »