DALAM TALIAN 11 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM), Commonwealth Alliance of Youth Worker Association (CAYWA) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Malaysia International Youth Work Week Convention 2021 sempena Minggu Kerja Belia Antarabangsa 2021.
Konvensyen yang diadakan dalam platform Zoom dan bersiaran langsung menerusi Facebook MBM ini bertindak sebagai wadah perbincangan dan seterusnya memperluas sudut pandang pekerja belia dalam soal peluang dan cabaran yang perlu dihadapi pada masa depan.
Antara panelis yang terlibat dalam program ini ialah YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Universiti Putra Malaysia, Puan Siti Sarah Yacob, Senior Assistant Director Institute of Leadership, Excellence and Development (iLEAD), Ms. Ash Patel, Commonwealth Alliance of Youth Worker Association, Mr. Robin Lockhart, Catalyst In Communities. Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik MBM bertindak sebagai pemudahcara majlis.
Majlis penutup disempurnakan oleh Emeritus Professor Robyn Broadbent Chair of Commonwealth Alliance of Youth Worker Association (CAYWA).