MAJLIS BELIA MALAYSIA

Malaysia Future Leaders School diyakini mampu lahirkan ramai pemimpin unggul – MBM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Majlis Belia Malaysia (MBM) yakin Malaysia Future Leaders School (MFLS) mampu melahirkan lebih ramai bakat kepimpinan sebagai pelapis muda yang memiliki nilai serta karakter bangsa Malaysia yang unggul.

Presidennya Jufitri Joha berkata idea yang digagaskan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu amat baik dan MBM sedia bekerjasama dengan sekolah itu bagi menjayakan sebarang agenda MFLS demi masa depan negara.

Justeru, katanya MBM mencadangkan beberapa perkara yang boleh memantapkan lagi MFLS bagi mencapai matlamat penubuhannya, antaranya penggunaan kedua-dua nama iaitu Sekolah Kepimpinan Masa Hadapan Malaysia dan Malaysia Future Leaders School bagi mendaulatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris.

“MFLS diharap bukan sahaja mampu melahirkan pemimpin politik dan korporat malah kepimpinan belia masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

MFLS yang dirasmikan Dr Mahathir Jumaat lepas di Universiti Malaya itu diwujudkan mengikut prinsip Japan Future Leaders School tetapi disesuaikan dengan landskap dan acuan Malaysia.

— BERNAMA

Berita penuh:
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1723740

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »