MAJLIS BELIA MALAYSIA

Malaysia bersolidariti di Himpunan Malaysia Bersama Palestin

KUALA LUMPUR 24 Okt – Selesai program di Dewan Merdeka WTC semalam, kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) mengikuti Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin

Himpunan yang disertai ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama ini bertujuan menzahirkan solidariti Malaysia kepada rakyat Palestin yang berdepan penindasan rejim Israel.

Selain orang awam, himpunan turut dihadiri oleh ketua-ketua perwakilan negara, pemimpin politik, jemputan khas dan wakil-wakil NGO.

MBM turut terlibat sebagai salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penganjur program ini dengan sokongan kerajaan Malaysia.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menyatakan pendirian Malaysia memperjuangkan isu tersebut di pentas dunia atas tindakan ganas dan kejam rejim Zionis Israel yang menceroboh Palestin serta menindas rakyatnya. 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »