KUALA LUMPUR 22 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) turut serta Malam Retreat Alumni MyCorps 2019. Tahniah diucapkan kepada Alumni MyCorps kerana berjaya menganjurkan program susulan yang dapat mewujudkan lebih banyak ruang dan platform untuk meneruskan kebaktian dan jasa.
Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin berkongsi dan berharap agar alumni MyCorps dapat meneruskan impak dan jaringan kerjasama bersama pertubuhan belia di peringkat Negeri dan Daerah serta berkongsi input-input yang boleh turut diangkat dalam jawatankuasa Majlis Perundingan Belia Negara berkait isu-isu antarabangsa.
MyCorps adalah program latihan kepimpinan kesukarelawanan muda persis Peace Corps America yang melatih anak muda dengan kemahiran kesukarelawanan lanjutan (advance) sebelum ditempatkan di luar Negara selama beberapa bulan.
Idea penubuhan MyCorps dicetuskan oleh wakil MBM di dalam Makmal Transformasi Pembangunan Belia 2010 sebelum diangkat oleh pihak Kerajaan bersama sama penubuhan Parlimen Belia Malaysia.
Kelab MyCorps diketuai oleh saudara Khairul Jamain dan alumni MyCorps terus aktif menggerakkan projek kesukarelawanan selepas tamat latihan sama ada dalam dan luar Negara.
MyCorps boleh disertai oleh semua anak muda dan boleh dicapai di : https://www.facebook.com/mycorpsofficial/