MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Tautan Kasih sempena Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan kali ke-63

KLANG 4 Jan – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid bersama-sama Timbalan Presiden MBM, Sdr. Fairos Rusli, Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun dan Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad telah hadir ke Majlis Makan Malam Tautan Kasih sempena Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan kali ke-63 yang diadakan di KSL Esplanade Hotel.

Majlis ini dirasmikan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA.

Turut hadir ke Majlis Makan Malam ini ialah YB Syahbudin Hashim, ADUN Galas serta pimpinan MAYC Kebangsaan.

MBM mengucapkan selamat bermesyuarat dan semoga maju jaya kepada pimpinan yang akan dipilih dan menjalankan tugas nanti!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »